Thursday, September 30, 2010

Laman gondol kolej legenda..

Tarikh: 26 Sept 2010-Ahad
Masa : 8.00am
Tempat: Mantin-depan kolej legenda kaw baru tolak.
Kekuatan: TuBa,Cob@Basri
Pikat: Koopi (SJ) & si500.


Assalamualaikum wbt.

Aku yg masih dibuai mimpi indah, dikekelilingi oleh bidadari cantik dari kayangan, saling bergurau senda membelai dan dibelai, sedang asyik aku terleka, tiba2 tok..tok.. tok.. aku dikejutkan oleh bunyi ketukan demi ketukan ada org yg irihati dengan kebahagianku.. aku terjaga dari tido, dan mimpi yang indah lenyap begitu saja.. aku meluru ke pintu dan apabila pintu dibuka... haramm... rupanya kob a.k.a basri dah terpacak depan pintu rumah aku.. hang ni dah pukul berpa dah ni.. sambil mengomel... aku pi dulu aku tunggu hang kat laman "cepat sikit"... ok la jwb aku sambil tersengeh..

Lepas mandi masukan si koopi dalam cetok, start moto teruih pi kat laman, laman ni dulu hutan tp dah dicabul dan di rogol oleh tgn manusia mana ntah.. dah gondol.. depan kolej legenda Mantin dekat traficligth.. sampai jer cob a.k.a basri tgh dok cari laman nak pacak... hang pacak depan sana sikit aku sini kata dia lepas ni kita masuk dlm jerumum rumpun kayu kering ni.. aku nak rakam gambaq kata dia... ok boss jawab aku..

lepas ja pacak teruih masuk dalam jerumum dok dlm 2 minit koopi si SJ aku lambung guk tak sampai 5 minit bh sampai atas anggar betoi2 depan koopi... . koopi tak layan, dalam hati aku "haramm.... td hang panggil bila bh sampai hang tak layan.. "nasib baik la denak cob si500 dok dekat ngn si koopi, boleh dia cover sikit, dia dok perap selang angguk .. tak sampai lima minit prufff.. bh landing kat si 500.. adegan aku maki hang...hang maki aku... ada kat bawah ni saya upload video buleh layan....



video