Monday, June 28, 2010

Kedat dibelasah BH Kedat

Tarikh: 27 Jun 2010-Sabtu
Masa : 4.30pm
Tempat: Kampung Kedat Mantin(kg org asli)
Kekuatan: TuBa,Cob@Basri
Pikat: Kedat, ciko(perap betina) ,kajang.


Assalamualaikum wbt..

Semalam sakit gigi berdenyut2 sampai kan anak anak pun kena marah bising sangat.. tidoq tak boleh duduk tak boleh mundar mandir dalam rumah ja macam org gila tak dapat tido sampai ke pagi....lepas tu mandi terus pegi kerja dalam keadaan gigi bedenyut... sampai ja opih cakap kat bos nak pi beli ubat sat sakit gigi, dia bg green light, hang balik pi rest la kat rumah.... tengah hari tahan la sikit tp masih sakit.. pukul 3.30pm basri telepon ajak pi tengok durian kat kampung kedat katanya... gigi masih sakit tp rasa nacam nak pi juga ok la sat lagi kita pi... mandi terus capai kedat masuk dalam catok, br nak keluar ciko plak nampak dok angguk dalam sangkaq layang tak sampai hati bawa la ciko sekali..

Sampai laman bawa haluan masing masing, semua tempat panas last sekali ada juga tempat teduh tp dekat ngn jalan takpa la terus pacak kedat, kedat perap dua tiga kali pas tu lambung guk dua tiga kali pruffff sampai dah bh atas wayar letrik mak aiii tiggi nak mampuih.. kedat dok perap bh dok lambung guk dekat setengah jam tah jatuh jatuh, tiba tiba aku nampak snoopy dah dok dekat ngn kedat tak perasan masa bila dia sampai, apa lg bersilat sakan la aku sampai kedat pun terkejut... tak boleh jadi angkat kedat pindah laman..

Sampai je laman kedua dgr sekoq sora nak kata kendoq tak la kendoq sngat tp sedap la juga... sekali sekala sulam/selang boleh la... cari laman selang dalam dua pokok durian dari anggar pacak kedat... ciko pun aku pacak juga tp tak boh racik, ciko perap betina dalam dua tiga kali prufff sampai dah atas pokok getah kecik mak aiii tak sempat aku masuk jerumun terjun kat kedat aku dk jd patung la kat situ tak sempat masuk jerumun, kedat angguk tak sempat nak habis seround puk..pap..puk..pak dok lawan belasah kedat karate sekali masuk dalam laman racik tp tak kena... kedat angguk lg x sempat nak habis puk..pak..puk..pap tgk2 bh hutan dok atas belakang kedap secara melintang apa lg aku halau bh pi periksa laman racik dekat 9 mata terkuncup aku pasang balik... baru ja masuk dalam jerumun prufff sampai pula tp jauh sikit dr kedat aku tak nampak bh tu rumput pun agak panjang, aku dengar bh angguk tak sampai seminit tiba tiba terbang dr atas tanah terus masuk depan kedat puk..pak..puk..pak naik belakang kedat.. prag...kedat kena buah penampar gantung apa lg aku keluar halau bh masukan kedat dalam catok bg tau basri sesok kita repeat..

keesokannya pagi pagi buta kami kami dah terpacak kat anggar bh.. masih sama macam kemalrin dia masih di anggar yang sama aku pacak kedat basri pacak kajang... kedat sepatah pun tak mau bunyi... kajang perap dua tiga kali prufff sampai padahal basri dok dekat sangat dgn laman tp bh ni jenis tak takut org... macam semalam juga tak sempat nak angguk seround dah kena belasah puk..pap..puk..papp kajang kena belasah tp bh tak kena juga racik.. barsi halau sebab dia dah melintang atas belakang kajang... mata racik terkuncup sama macam semalam. basri ubah kajang letak kat laman kedat.. kedat masuk catok... masuk balik dalam jerumum kajang perap dua tiga kali sampai pulak sama juga la macam td.. tp kali ni kami biar lama sikit sebab kajang pikat tua tp bh suka terbang naik belakang ambil keputusan halau bh tu.. cek laman mata racik tertutup leher kajang berdarah tp masih mau bunyi... basri sempat rakam aksi ni.. nanti bila bila saya akan usahakan upload aksi tu di sini.... saya akan repeat lagi...


Wednesday, June 16, 2010

Kampungku.... Pulau Tuba


Gambar Hiasan

Pulau Tuba merupakan pulau komuniti nelayan dan dikenali sebagai Pulau Islam, Berkeluasan 20km persegi terbahagi kepada beberapa buah kampung. Penduduk yang mendiami pulau tersebut adalah melayu muslim. Pulau Tuba juga merupakan sebahagian dari warisan geopark Langkawi yang diiktiraf UNESCO sebagai warisan Geopark dunia ..




Gambar Hiasan

Mungkin diantara kita sudah ke sana.. tetapi jika sekiranya anda belum lagi menjejak kaki ke sana dan berminat untuk ke sana, anda boleh memilih pakej seperti homestay dan menyewa chalet sendiri. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sana, diantaranya seperti menyauk sotong, memancing, berbasikal dan menjelajah gua.



Gambar Hiasan

AKTIVITI/KAEDAH MENANGKAP IKAN

Nelayan disana menggunakan pukat/jaring tiga lapis atau dipanggil juga pukat hanyut... khusus untuk menangkap udang...


Gambar Hiasan

Sauk/scoop adalah salah satu lagi kaedah yang digunakan untuk menangkap sotong, dengar macam ridiculous tetapi kaedah inilah yang diamalkan di sana, dimana gassolin/lampu diguna bagi menarik perhatian sotong supaya menhampiri sampan.

Gambar Hiasan

Memancing juga salah satu cara menangkap ikan tetapi kaedah ini jarang diamalkan memandangkan tangkapan utamanya adalah udang jadi aktiviti memancing adalah acara sampingan. Sekiranya air mati dimana arus tidak bergerak pukat hanyut tidak lagi efektif, bagi memenuhi masa terluang ini, mereka akan keluar memancing dan berkelah bersama keluarga menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti keluarga.


Gambar Hiasan

BERONOK

Beronok adalah sejenis hidupan laut seakan2 spesis timun laut/gamat tetapi warnanya kemerah merahan pinky gitu.. sedap kalau dibuat kerabu. Kerabu beronok boleh dikatan sebagai salah satu menu istimewa , masih segar diingatan menikmati kerabu beronok... kalau nak nak rasa keenakanya datang la ke... pulau tuba...


Gambar Hiasan


PERMAINAN WARISAN - TERKUKUR
Burung terkukur juga merupakan salah satu permainan warisan yang masih tidak dilupakan, warisan ini tetap hidup sehingga kehari ini, walaupun pembiakan burung terkukur agak lambat di sini tetapi populasinya masih seimbang, tidaklah sehebat ditanah besar yang menpunyai kawasan luas dan populasi burung amat cepat. . Kebanyakan burung terkukur di sini adalah jenis bulu tembaga, pokok kelapa hutan yg tinggi sesuai untuk spesis ini membiak..

Tuesday, June 1, 2010

kena karan

Seladang gantung merupakan terkukur pertama yang aku miliki, sebenarnya aku tak pernah pun niat atau ingin memelihara terkukur apatah lagi untuk memikat terkukur.


Seladang gantung pemberian adik aku


Nak dijadikan cerita kebetulan adik aku dari Langkawi dapat kerja kat kajang.. tiga bulan lepas tu dia datang rumah aku di Mantin N9, Dia kata, "ishh.. ghumah hang ni sunyi ja tak ceria.. nanti aku mai lain kali aku bawa seladang gantung kat hang bagi ceria sikit". Ok la.. bawa la..., jawab aku sebenarnya tak berapa paham sangat .



Selang seminggu dia datang balik dengan membawa bakul rotan, aku pun bg tau isteri " Emy mai dah... bawa bakul hiasan kat mama kot" dalam hati aku, "bakul ni la kot yang dimaksudkan
dengan seladang gantung sebabnya ada tangkal untuk digantung". sampai ja dalam rumah, aku pun tanya "tu apa dia..?".(merujuk kepada bakul rotan yang dia bawa) dia jawab "tekukoq aku nak letak kat rumah hang" aku tanya balik "hang kata, hari tu nak bawa seladang gantung mana dia?. ni la.. seladang gantung.... aku ambik kat pahang... katanya. "ni bukan burung tekukoq ka", balas aku. ha la.. tekukoq.. orang panggil seladang gantung bla..bla... dok terang panjang lebaq kat aku. lepas tu kami keluar pergi cari sangkar layang kat pet shop nilai.




Keesokan paginya seladang gantung pun menyanyi sakan terdetik dalam hati ishh.. best juga pagi pagi ada orang gerak... hinggakan anak aku yang tak pandai cakap lagi pun dah boleh cakap bahasa terkukur thu..thu..thu... berbulan bulan juga la... seladang gantung dok tergantung kat dalam rumah, aku hanya pastikan air dan makanan dia ada.. tak penah pun aku belai dan mandikan dia.



Suatu hari member kat tempat kerja bertandang ke rumah , nak jadikan cerita dok asyik pekena kopi"O", tiba tiba seladang gantung aku dok lambung guk di ruang beranda..., aik.. hang pun main terkukoq juga ka....?, satu soalan terpancul dari mulut dia. Aku bela saja tak penah main pun.. kataku. Dia pun bangun terus menghampiri seladang gantung aku, dok tilik sana tilik sini, cantik terkukur hang ni.... jom.. esok kita pi test laman...


Semenjak hari tu dia selalu ajak aku test kat laman , ajar burung katanya, mulanya tak ada sangat fill dia tu ... sbb aku lebih suka memancing... lagi pula seladang gantung aku tak nak bunyi kat laman. lepas tu.. dia bg BB dia kat aku seladang gantung juga, pacak dua tiga minit saja terus menyanyi.. kali kedua turun terus bunuh seekor BH seladang gantung jenis bulu tembaga. last sekali turun kat hulu beranang main kat kelapa sawit tepi kubur cina... dan di situlah berakhirnya riwayat seladang gantung pemberian member aku tu.. dikerjakan dek cat miaww... frust gila masa tu... member aku la yang banyak ajar aku pasal terkukur. Istilah istilah berkaitan terkukur yang aku tak tahu sekarang dah tahu, kalau sebelum ni orang cakap sarang ulat/tali ulat, catok, tumang, seladang gantung, seladang jati, lambung guk, guk 1, guk 2, gagap, rantau dan macam macam lagi kalau dulu tak tahu sekarang dah tahu tp masih peringkat asas la.. dan masih belajar... Lepas tu jumpa la pula dengan sorang lagi sifu siam uncle stanley... semenjak dari tu aku dah mula rasa syiok kena karan terkukur... lambat ada peluang sorang sorang pun jd.... bila tengok ja seladang gantung dok angguk aku pun jd stim.... seladang gantung pemberian adik aku pun dah mula bunyi kat laman, dia punya performance pun dah semakin mantap sulam/selang dah terkeluar tp masih... tengah training lagi... uncle stanley cakap burung ni ada ciri ciri dan ada potensi jd pikat...