Wednesday, June 16, 2010

Kampungku.... Pulau Tuba


Gambar Hiasan

Pulau Tuba merupakan pulau komuniti nelayan dan dikenali sebagai Pulau Islam, Berkeluasan 20km persegi terbahagi kepada beberapa buah kampung. Penduduk yang mendiami pulau tersebut adalah melayu muslim. Pulau Tuba juga merupakan sebahagian dari warisan geopark Langkawi yang diiktiraf UNESCO sebagai warisan Geopark dunia ..




Gambar Hiasan

Mungkin diantara kita sudah ke sana.. tetapi jika sekiranya anda belum lagi menjejak kaki ke sana dan berminat untuk ke sana, anda boleh memilih pakej seperti homestay dan menyewa chalet sendiri. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sana, diantaranya seperti menyauk sotong, memancing, berbasikal dan menjelajah gua.



Gambar Hiasan

AKTIVITI/KAEDAH MENANGKAP IKAN

Nelayan disana menggunakan pukat/jaring tiga lapis atau dipanggil juga pukat hanyut... khusus untuk menangkap udang...


Gambar Hiasan

Sauk/scoop adalah salah satu lagi kaedah yang digunakan untuk menangkap sotong, dengar macam ridiculous tetapi kaedah inilah yang diamalkan di sana, dimana gassolin/lampu diguna bagi menarik perhatian sotong supaya menhampiri sampan.

Gambar Hiasan

Memancing juga salah satu cara menangkap ikan tetapi kaedah ini jarang diamalkan memandangkan tangkapan utamanya adalah udang jadi aktiviti memancing adalah acara sampingan. Sekiranya air mati dimana arus tidak bergerak pukat hanyut tidak lagi efektif, bagi memenuhi masa terluang ini, mereka akan keluar memancing dan berkelah bersama keluarga menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti keluarga.


Gambar Hiasan

BERONOK

Beronok adalah sejenis hidupan laut seakan2 spesis timun laut/gamat tetapi warnanya kemerah merahan pinky gitu.. sedap kalau dibuat kerabu. Kerabu beronok boleh dikatan sebagai salah satu menu istimewa , masih segar diingatan menikmati kerabu beronok... kalau nak nak rasa keenakanya datang la ke... pulau tuba...


Gambar Hiasan


PERMAINAN WARISAN - TERKUKUR
Burung terkukur juga merupakan salah satu permainan warisan yang masih tidak dilupakan, warisan ini tetap hidup sehingga kehari ini, walaupun pembiakan burung terkukur agak lambat di sini tetapi populasinya masih seimbang, tidaklah sehebat ditanah besar yang menpunyai kawasan luas dan populasi burung amat cepat. . Kebanyakan burung terkukur di sini adalah jenis bulu tembaga, pokok kelapa hutan yg tinggi sesuai untuk spesis ini membiak..

No comments:

Post a Comment