Monday, July 29, 2013

GOLOK/PARANG 2

Assalamualaikum...

Kepada sahabat dan teman teman di sini kawan ingin kongsikan hasil kerja tangan kawan yang ketiga, golok/parang... saya mengalu-alukan komen dan teguran dari  anada, kawan kawan yang saya kenali ataupun sesiapa sahaja suapaya saya boleh merperbaiki kelemahan yg ada...

Bilah:    Order dr Kuala Kangsar Perak.
Hulu:     saya pun tak pasti kayu apa,  adik beradik kayu marsada, banyak terdapat di Langkawi.
Sarung:  Kayu Komoi





Sunday, June 9, 2013

SI TEBU

Assalamualaikum..........

kepada semua bloger dan sahabat sealiran, di sini saya nak kongsi sikit gambar si tebu BB harapan  mudah mudahan menjadi pikat yg baik insyaAllah...


Spec:

Nama Timangan   : Si tebu (seladang Gantung)
Asal  : Mantin N9 (Ladang tebu, tepi highway kolej legenda)
Tarikh Tangkap: Disember 2011
performance : Suara sedang, Jalan laman ada sikit, perap tak rapat sgt , selang sikit, ada angguk anggar.
Tangkapan   : belum lagi sebab tak pernah pasang racik.

sisi kiri


hadapan

atas kiri

sisi kanan


Saturday, June 1, 2013

GOLOK




Assalamualaikum.......

to all kawan2 bloger semua... dah lama saya tak update blog ni rasanya sejak pulang dari Mantin... hampir setahun setengah dah... bukannya apa aktiviti memikat boleh dikatakan jarang sangat sbb terlalu ramai trapper kat sini so kawasannya pun agak terhad, nak jumpa burung hutan yg betul2 garang pun susah sgt. tak sama mcm kat N9 dulu, rindu sesangat pd suasana dan kwn2 kat sana. uncle stanley, cob a.k.a basri, abg uban a.k.a baharom, misai, rizal, abg rahim dan ramai lg laaa..

disebabkan aktiviti memikat dah kurang sgt, saya cuba creat hobi lain pula .... buat sarung dan hulu golok.. lihat la hasil tangan saya yg tak seberapa ni..

yg atas tu hasil pertama



ni yg second kayu cempedak

bilah order dr perak

Thursday, December 22, 2011

SELAMAT TINGGAL




Assalamualaikum semua...

Dalam sedar tak sedar rupa rupanya dah hanpir 10 tahun aku berada di Negeri Minang Kabau ni... rasanya macam baru saja jejak kaki ke sini. banyak cerita suka duka, pahit manis kehidupan yang telah aku tempuhi. Rasanya sudah tiba masanya aku pulang ke tempat kelahiranku, orang kata tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat tumpahnya darah. walaupun berat hati nak meninggalkan teman,kawan,rakan dan sahabat handai, demi meneruskan kelangsungan hidup, walaupun pahit, walaupun perit kita kena telan itulah hakikatnya.


MENJADI KUCING HUTAN (MIKAT AYAM)

MIKAT TERKUKUR

MANCING, SUNGAI DENGKIL

PICNIC KAT PD

Wednesday, November 16, 2011

Sangkar Layang dr Balakong "Boyan"

Hasil seni sahabat baru dr balakong saudara hafis(Orang Boyan)..





catok pintu bawah(simple)

Monday, June 20, 2011

Si langka Dalam Kenangan..

Assalamualaikum....

Ahad 19 Jun 2011, Si Langka pergi buat selamanya.... kali terakhir melaman dengan Si Langka pg td, balik terus mandikan dan jemur, pegang jer botol spray dia dah ready buka sayap untuk dimandikan,itulah keistimewaan yg ada pada Si Langka. Selalunya tak pernah tinggalkan bila jemur burung kat rumah, tapi hari ni terlupa nak angkat sbb nak repeat bh hutan reward, mungkin dah tertulis "terlupa" itu penyebabnya silangka meninggalkan tali kakinya..... Si Langka terkorban dibaham tom si kucing liar, hanya tali kaki dan sedikit bulu yg tinggal untuk tatapan tuannya, satu persatu kucing di kawsan rumah dijejaki, akhirnya salah seekor kucing mempunyai kesan bulu dimisai.. bebekalkan sebiji helmet aku sembat tp dgn kelicikan si tom sembatan aku tersar... ok tak apa... hari ni kau terlepas....

Serba sedikit pasal Si Langka

- Si Langka... (singkatan dari "Langkawi"tempat kelahiranya)
- Status BB
- anak pesom kampung + kampung
- suara besar sedikit lanjut tapi jelas
- perap agak rapat
- bunuh 4

Sunday, April 17, 2011

REBAN / LADUNG / KURUNG BATANG / LAU

Assalamualaikum.....


Projek reban baru, developer, saya dan syer partner Basri a.k.a Coob125Z, baject kos rendah tp hampir kepada semi D, capacity tatau berapa boleh isi selagi boleh masuk, sumbat jaaa.. ,keteguhan tak jamin.., sebab engineer project ni baru first time dpt tender... duration 2 minggu baru siap... specifications keluasan 8ft x 6ft, tinggi 5 1/2ft. dah ada penghuni CF belum lulus..